Soon Kit mula bekerja di England

Soon Kit (kiri) menggalas tanggungjawab mempersiapkan skuad Badminton England ke Kejohanan Dunia di Paris bulan depan. Foto Facebook Badminton England
Soon Kit (kiri) menggalas tanggungjawab mempersiapkan skuad Badminton England ke Kejohanan Dunia di Paris bulan depan. Foto Facebook Badminton England
A
A
A

LEGENDA badminton negara, Datuk Cheah Soon Kit mula mencurahkan ilmunya kembali ke arena kejurulatihan setelah menyertai Badminton England (BE) sebagai jurulatih jemputan.

Figura berusia 57 tahun itu dinamakan BE sebagai jurulatih jemputan bagi membantu persiapan negara berkenaan untuk mengharungi Kejohanan Dunia di Paris bulan depan.

Perkembangan tersebut dikongsi BE menerusi satu kenyataan pada Jumaat yang menyambut baik kehadiran pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1994 itu ke pusat latihan mereka.

"Kami teruja menerima kehadiran seorang lagi bintang badminton berpengalaman di gelanggang keramat di Pusat Badminton Kebangsaan dengan Cheah Soon Kit menyertai barisan kejurulatihan Badminton England sebagai jurulatih jemputan.

"Bekas pemain beregu lelaki Malaysia ini diyakini mampu memperkukuhkan barisan kejurulatihan kami menjelang Kejohanan Dunia," catat kenyataan itu.

Soon Kit baru-baru ini mengesahkan akan berlepas ke Eropah selepas menerima pelawaan untuk menjadi jurulatih.

Beliau bukan nama asing dalam arena badminton negara apabila pernah membantu Malaysia menamatkan kemarau menjuarai Piala Thomas pada 1992.

Antara pemain yang menerima 'sentuhannya' sebelum ini adalah beregu wanita Chin Ee Hui-Wong Pei Tty dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Soon Kit juga pernah merangkul kejuaraan beregu lelaki Seluruh England 1994 bersama Soo Beng Kiang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!