KPDNHEP pertimbang henti eksport topeng muka

KPDNHEP bersedia mempertimbangkan larangan mengeksport penutup hidung dan mulut sekiranya berlaku kekurangan bekalan yang serius di negara ini.
KPDNHEP bersedia mempertimbangkan larangan mengeksport penutup hidung dan mulut sekiranya berlaku kekurangan bekalan yang serius di negara ini.
A
A
A

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersedia mempertimbangkan larangan mengeksport penutup hidung dan mulut sekiranya berlaku kekurangan bekalan yang serius di negara ini.

Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, berikutan permintaan yang tinggi untuk penutup hidung dan mulut, iaitu permintaan melebihi bekalan, jadi wujud masalah bekalan sekarang yang bukan sahaja menjejaskan Malaysia tetapi juga seluruh dunia.

“Di Malaysia, kita ada empat pengeluar penutup hidung dan mulut yang juga bergantung kepada bahan yang diimport untuk menghasilkannya. Mereka perlu mengimport bahan dari China dan negara lain dari Eropah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Nanta yang juga Anggota Parlimen Kapit berkata, kementeriannya juga melihat dengan serius laporan harga penutup hidung dan mulut serta cecair sanitasi meningkat pada masa ini berikutan kebimbangan orang ramai mengenai COVID-19.

“Kami mengadakan beberapa mesyuarat mengenai perkara itu dan terdapat pelbagai pandangan mengenai cara untuk mengatasi masalah tersebut. Tidak syak lagi kami menyedari ada orang yang mengambil peluang daripada situasi itu dan cuba mengaut keuntungan cepat.

“Kita tidak boleh membiarkan mereka mengambil kesempatan terhadap orang ramai. Kementerian kami akan menjalankan penguatkuasaan dan memastikan rakyat dilindungi,” katanya lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: