Arab Saudi gantung penerbangan antarabangsa

No Image Caption
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi menggantung penerbangan antarabangsa selama dua minggu bermula Ahad untuk membendung penularan wabak novel koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Tempoh dua minggu itu juga dianggap sebagai cuti umum kepada warganegara yang tidak dapat pulang disebabkan penerbangan digantung atau dikuarantin selepas mereka kembali ke Arab Saudi, memetik sumber Kementerian Dalam Negeri.

Riyadh menggantung penerbangan ke seluruh negara Kesatuan Eropah serta 12 lagi negara di Asia dan Afrika.

Semalam, Arab Saudi melaporkan 24 kes Covid-19 dengan keseluruhan kes sebanyak 86. - Bernama

Artikel Berkaitan: