Datuk bandar cedera parah ditikam

Datuk bandar itu ditikam ketika beliau berada di atas pentas.
Datuk bandar itu ditikam ketika beliau berada di atas pentas.
A
A
A

WARSAW - POLAND . Seorang datuk bandar cedera parah selepas beliau ditikam dalam satu acara amal terbesar di Poland.

Datuk Bandar Gdansk, Pawel Adamowicz, 53, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal turut menjalani pembedahan selama lima jam.

Pengarah Kesihatan di Pusat Klinikal Universiti di Gdansk, Dr Tomasz Stefaniak berkata, Adamowicz alami kecederaan perut yang sangat serius dan terpaksa diberikan 41 unit darah.

Difahamkan, suspek berusia 27 tahun yang mempunyai rekod jenayah itu telah ditahan.

Ketika melakukan tindakan itu, lelaki terbabit mendakwa dia telah dipenjarakan secara salah di bawah parti kerajaan sebelum ini yang menyokong Adamowicz.

Kejadian itu berlaku di majlis Great Orchestra of Christmas Charity yang dihadiri ratusan tetamu. - BBC

Artikel Berkaitan: