Isan Nikah angkat isu kahwin campur

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS kejayaan filem seram Islamik Khong Khaek tahun lalu, syarikat produksi Thailand, Monwichit Entertainment kembali dengan naskhah terbaharu, Isan Nikah.

Bagaimanapun kali ini, produksi itu menampilkan genre yang lebih ringan dan menghiburkan, namun tetap sarat dengan mesej.

Filem yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 17 Julai itu membawakan kisah unik dan jarang dipaparkan perkahwinan campur antara seorang gadis Muslim dan jejaka Buddha.

Menurut pengarahnya, Kriangkrai Monwichit, Isan Nikah menawarkan kelainan dengan mengangkat tema sensitif berkaitan perbezaan agama dan budaya, namun diolah dalam bentuk komedi yang mencuit hati.

“Isan Nikah adalah sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton apabila menampilkan kisah perkahwinan membabitkan perbezaan agama serta budaya, lalu diolah untuk menjadi sebuah kisah komedi yang lucu dan mencuit hati.

“Selain itu, saya turut mengetengahkan kehidupan di kampung halaman sendiri yang mencerminkan budaya masyarakat tempatan di selatan Thailand, termasuk sejarah, tempat pelancongan, makanan dan bahasa,” jelasnya.

Filem ini mengisahkan pasangan kekasih iaitu gadis Muslim dan jejaka Buddha yang akhirnya memeluk Islam demi cinta. Namun hubungan mereka berdepan pelbagai cabaran apabila abang kepada gadis berkenaan cuba sedaya upaya menggagalkan perkahwinan itu.

Antara babak menarik dalam Isan Nikah.
Antara babak menarik dalam Isan Nikah.

Artikel Berkaitan:

Dibarisi pelakon popular Thailand seperti Nattawut Sanyabut, Chatchai Chinnasri, Kamonporn Sangwatcharasoontorn, Adull Borsu serta influencer terkenal, Amadkuciasree Doloh @ Chalee, filem itu dijangka memberi nafas baharu kepada genre komedi Islamik di rantau ini.

Menariknya, Isan Nikah turut mengetengahkan kehidupan masyarakat Muslim di selatan Thailand yang jarang sekali ditonjolkan dalam naskhah arus perdana dari negara tersebut.

Pengarah Urusan Empire Film Solution Sdn Bh., Mohamad Zubir Badar Shair berkata, pihaknya berbesar hati membawa filem ini ke Malaysia kerana percaya pada kekuatan cerita dan nilai budaya yang diketengahkan.

“Selama ini penonton di Malaysia sudah selalu disajikan dengan filem-filem bergenre seram dari Thailand dan sudah tiba masanya untuk filem bercorak komedi dan Islamik menjadi tontonan.

“Namun, Isan Nikah ini kami lihat ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton, selain sarat dengan komedi yang menghiburkan, ia mengetengahkan tentang budaya dan kehidupan masyarakat Muslim di selatan Thailand yang jarang dipaparkan dalam sesebuah naskhah,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!