Penternak Udang Galah

Yusni Dahalan, 47, menunjukkan udang galah ternakannya di kolam miliknya di Kampung Klian Gunung, mukim Ijok di sini di sini baru-baru ini.
Air dari Lata Puteh yang kaya dengan oksigen disalurkan terus ke kolam menggunakan batang paip PVC dan polietilena yang mewujudkan ekosistem semula jadi menyerupai habitat asal udang galah, atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii.
Menurut Yusni, air dari lata berkenaan mengandungi oksigen terlarut secara semula jadi hasil percikan dari kawasan tinggi yang memberi kelebihan kepadanya kerana tidak perlu menggunakan kincir air atau pam elektrik bagi membekalkan oksigen, sekali gus menjimatkan kos operasi.
Katanya lagi, melalui maklum balas pelanggan, mereka kata rasa isi udang galah yang diternak di sini bukan hanya manis malah tidak berbau lumpur. - Foto: Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
