Dua restoran dikompaun, kerusi meja tanpa permit disita

Penguatkuasa MBDK menyita kerusi dan meja milik dua restoran yang diletakkan di kawasan awam tanpa permit sah.
Penguatkuasa MBDK menyita kerusi dan meja milik dua restoran yang diletakkan di kawasan awam tanpa permit sah.
A
A
A

KLANG – Dua restoran di Bandar Bukit Raja di sini dikenakan tindakan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) selepas didapati melanggar syarat berkaitan permit penggunaan meja dan kerusi di kawasan awam.

Kedua-dua premis berkenaan diperiksa dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa MBDK.

Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan oleh MBDK dari masa ke masa bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan oleh MBDK dari masa ke masa bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.

MBDK menerusi kenyataan pada Khamis memaklumkan, satu daripada restoran terbabit memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh MBDK, manakala sebuah lagi premis dikesan beroperasi tanpa sebarang kebenaran atau lesen daripada pihak berkuasa tempatan itu.

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan seterusnya mendapati kedua-dua premis tersebut tidak memiliki permit sah untuk meletakkan kerusi dan meja di kawasan awam," menurut kenyataan itu.

MBDK menegaskan, tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari masa ke masa bagi memastikan para peniaga mematuhi peraturan dan tidak mengganggu kelancaran serta keselamatan awam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!