Muhyiddin akui merayu untuk kekalkan Alwi

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau membuat rayuan bagi mengembalikan semula Datuk Seri Alwi Ibrahim sebagai Ketua Setiausaha (KSU) kementerian.

Menurutnya, sebagai seorang yang baru di kementerian itu, beliau memerlukan individu yang sudah lama berkhidmat dan berpengalaman.

"Ya. Itu adalah rayuan saya kerana saya berpendapat saya boleh bekerja baik dengan beliau sejak masuk di kementerian ini," katanya.

Menurutnya, perkara itu telah dipersetujui oleh semua pihak sebelum keputusan dibuat.

"Terima kasih kepada pihak yang memberi kelulusan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu KDN, di sini hari ini.

Pada 4 Januari lalu, kerajaan dilapor membuat rombakan besar-besaran dalam pentadbiran awam membabitkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat sembilan KSU kementerian dan tiga Ketua Pengarah.

Antara yang terlibat Alwi ditukarkan ke Kementerian Kerja Raya.

Artikel Berkaitan: