Lelaki warga India diburu, cabul wanita di kuil

Seorang lelaki warga India diburu polis selepas dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, baru-baru ini.
Seorang lelaki warga India diburu polis selepas dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, baru-baru ini.
A
A
A

SEPANG – Seorang lelaki warga India diburu polis selepas dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun kira-kira pukul 8.15 malam pada 4 Julai lalu.

Menurutnya, mangsa mendakwa telah dicabul oleh suspek yang bertugas sebagai sami sementara di kuil berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan warga India yang ditugaskan sementara bagi menggantikan sami tetap kuil tersebut yang kini berada di luar negara.

“Suspek dipercayai menggunakan modus operandi dengan merenjis air sembahyang ke muka dan badan mangsa sebelum bertindak mencabulnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

“Orang awam boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor B. Sathiyan di talian 013-2060771 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-8777 4222,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!