Pemilihan Ahmad Faizal mengejutkan: PKR

Farhash Wafa Salvador
Farhash Wafa Salvador
A
A
A

IPOH - PKR Perak menyifatkan pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-13 sesuatu yang mengejutkan.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, jika berdasarkan pecahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi gabungan Perikatan Nasional itu, UMNO dilihat memiliki kelebihan untuk wakil rakyat mereka dipilih sebagai menteri besar berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata, pelantikan Ahmad Faizal itu mungkin satu kompromi yang telah diberikan kepada Bersatu dalam percaturan politik mereka.

"Perkara ini agak mengejutkan jika kita ambil pecahan kerusi ADUN Perikatan Nasional dalam menentukan Menteri Besar Perak.

"Kita terima keputusan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin dalam pelantikan ini dan akan terus memperjuangkan hak rakyat sebagai pembangkang," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelantikan Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang sebagai Menteri Besar Perak ke-13 semalam.

Pada 9 Mac lalu, Ahmad Faizal mengumumkan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak menggabungkan UMNO, Pas dan Bersatu dengan 32 kerusi DUN.

UMNO mempunyai 25 kerusi DUN diikuti Bersatu sebanyak empat kerusi dan Pas memiliki tiga kerusi.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Perikatan Nasional sah perintah Perak