Penceramah direman bantu siasatan kes tipu pembangunan sekolah agama

Laporan Sinar Harian mengenai dua wanita mengalami kerugian RM140,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang juga penceramah bebas berkaitan projek pembangunan sekolah agama di Selangor.

A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penceramah bebas direman tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes penipuan pembangunan sekolah agama berjumlah RM140,000, baru-baru ini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata, polis menerima dua laporan berhubung kes penipuan berkenaan, masing-masing di daerah Gombak dan Shah Alam membabitkan dua mangsa iaitu wanita tempatan berusia awal 40-an.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!