Bekas Menteri Pengangkutan Rusia ditemukan mati dalam kereta

Roman Starovoit yang memegang jawatan sebagai menteri sejak Mei 2024 dipecat pada pagi 7 Julai melalui dekri presiden. Foto AFP
Roman Starovoit yang memegang jawatan sebagai menteri sejak Mei 2024 dipecat pada pagi 7 Julai melalui dekri presiden. Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Bekas Menteri Pengangkutan Rusia, Roman Starovoit ditemukan mati di dalam keretanya di Odintsovo, Wilayah Moscow, menurut jurucakap rasmi Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, Svetlana Petrenko, seperti yang dilaporkan oleh TASS.

"Pihak berkuasa penyiasatan dari Jabatan Penyiasatan Utama Jawatankuasa Penyiasatan Rusia bagi Wilayah Moscow sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Kejadian sedang disahkan tetapi bunuh diri adalah versi utama,” katanya.

Starovoit dipecat pada pagi 7 Julai melalui dekri presiden. Beliau memegang jawatan sebagai menteri sejak Mei 2024. - Bernama-TASS

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!