Matlamat satu rumah, satu EV

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan (tiga dari kanan) melancarkan motosikal EV, Lion G1 keluaran GGR Motor pada majlis pelancaran di Saloma KLCC baru-baru ini. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

SAMBUTAN baik diterima selepas pengenalan model pertama motosikal EV Lion G1 mendorong GGR Motor memasarkan model keduanya Tyga R1 pada Disember tahun ini.

Pengarah Urusannya Muhammad Mussaddiq Mohamed Azmi berkata, model Tyga R1 mempunyai rekabentuk berbeza serta spesifikasi lebih tinggi berbanding Lion G1.

Adam Adli (dua dari kanan) bersama selebriti tempatan yang hadir pada Karnival EV Rider Malaysia. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Adam Adli (dua dari kanan) bersama selebriti tempatan yang hadir pada Karnival EV Rider Malaysia. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Berdasarkan permintaan semasa Lion G1 yang kini sudah mencecah tempahan 3,000 unit dalam tempoh hanya 14 hari pelancarannya, melepasi sasaran awal 1,000 unit, ia menunjukkan potensi besar dalam pasaran domestik dan saya yakin Tyga R1 juga bakal mempunyai fenomenanya tersendiri,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Motosikal GGR EV yang berlangsung di Saloma KLCC baru-baru ini.

Menurutnya, harga pengenalan untuk Tyga R1 adalah RM7,699 (belum tolak subsidi MARiiCas) berbeza dengan Lion G1 jauh lebih murah iaitu RM1,599 harga selepas subsidi MARiiCas,” katanya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli (tujuh dari kiri) bersama Muhammad Mussadiq (enam dari kiri) bersama tetamu kehormat termasuk selebriti tempatan yang hadir memeriahkan Karnival EV Rider Malaysia di Lanai Matic. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

Inisiatif ini dijalankan bersama Perniagaan Mazlan & Hashimah (PMH Motor) Sdn Bhd selaku 'Rakan Strategik Ekslusif' dan pengedar utama bagi produk EV GGR Motor dengan sokongan pelbagai rakan industri termasuk Bateriku.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, GGR Motor turut menjalin kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi memperluaskan peluang ekonomi melalui pelantikan usahawan Mara sebagai pengedar EV di seluruh negara, selain menyediakan latihan teknikal TVET serta pembangunan tenaga mahir tempatan.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Zulfikri Osman (tiga dari kiri) mencuba motosikal EV keluaran GGR bersama selebriti yang juga pelakon Aaron Aziz ( dua dari kiri), Muhammad Mussaddiq (dua dari kanan) bersama rakan kongsi dan strategik GGR.

“Penubuhan pusat latihan kemahiran TVET bersama PMH Motor dan kolaborasi bersama IKM Beseri, UNIKL MFI dan institusi pendidikan Mara bertujuan menyediakan latihan SKM Tahap 3 dalam bidang teknologi EV termasuk pemasangan, penyelenggaraan dan jualan motosikal EV,” katanya.

Mussaddiq berkata, dalam aspek perkhidmatan selepas jualan, GGR Motor dan PMH Motor juga turut menjalin kerjasama strategik bersama Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn. Bhd. (PLMM) bagi menubuhkan bengkel rasmi Petronas MotoExpert dan produk Petronas Iona akan diguna pakai sebagai salah satu keunikan di cawangan Petronas MotoExpert GGR Motor serta PMH Motor di seluruh negara.

Bateriku pula berperanan dalam menyelaras penyelenggaraan dan sokongan teknikal di seluruh negara.

Pengunjung bertuah Karnival EV Rider Malaysia menerima cabutan bertuah motosikal GGR EV Tyga R1 yang dijangka berada di pasaran pada Disember ini. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengunjung bertuah Karnival EV Rider Malaysia menerima cabutan bertuah motosikal GGR EV Tyga R1 yang dijangka berada di pasaran pada Disember ini. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

Selain itu, syarikat antarabangsa turut berkolaborasi dengan GGR iaitu pengilang Varchea Votol China, Votol Thailand serta FJN China dan Vectrix.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), GGR menyumbangkan lima motosikal EV kepada masjid dan surau sekitar Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut layari laman web https://ggrmotor.io/ atau media sosial Facebook, TikTok, Instagram GGR Motor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!