'Mayat enam beranak ditemui berkumpul di tempat duduk belakang, dipercayai cuba keluar' - Bomba

Kereta Proton Saga Iswara yang yang dinaiki enam beranak tenggelam sepenuhnya di dasar Sungai Korok, Jitra.
Kereta Proton Saga Iswara yang yang dinaiki enam beranak tenggelam sepenuhnya di dasar Sungai Korok, Jitra.
A
A
A

JITRA – Enam sekeluarga termasuk seorang bayi yang ditemukan mati dipercayai berusaha untuk keluar dari kereta mereka yang terjunam ke dalam Sungai Korok di sini tapi tidak berjaya.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, semua mangsa ditemukan berkumpul di tempat duduk belakang kenderaan jenis Proton Saga Iswara yang tenggelam sepenuhnya di dasar sungai.

Menurutnya, pasukan penyelamat menemui kesemua mangsa di bahagian kiri belakang kereta.

“Ketika anggota melakukan operasi penyelamatan, kami dapati semua mangsa berada di tempat duduk belakang. Kemungkinan mereka cuba keluar, tetapi tidak berjaya,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azim Izat Ishak, 32, dan isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izat, 9; Hawa Adriana, 8; Anayla Huma’ira, 7; dan Tuah Haidar, enam bulan.

Menurut Ahmad Aminuddin, pasukan bomba terpaksa memecahkan cermin dan memotong badan kereta bagi mengeluarkan kesemua mangsa.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

“Apabila jasad berada dalam air untuk tempoh tertentu, ia akan mengembang dan menyukarkan proses pengeluaran melalui pintu biasa.

Artikel Berkaitan:

“Jadi kami terpaksa memecahkan cermin belakang dan memotong struktur kenderaan untuk mengeluarkan mangsa,” jelasnya.

Tambah beliau, jarak antara lokasi kereta tenggelam dan tebing sungai hanya kira-kira satu meter, manakala kedalaman sungai dianggarkan enam meter dengan lebar sekitar 7.6 meter.

“Operasi tidak terlalu sukar kerana kereta sudah terapung dan boleh ditarik ke tebing,” katanya lagi.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan sepasang suami isteri bersama empat anak mereka, termasuk seorang bayi berusia enam bulan, dilaporkan hilang selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman dekat sini sejak pagi Sabtu.

Kehilangan mereka disedari apabila mereka tidak pulang ke rumah di Jerlun dan gagal dihubungi.

Adik kepada Muhammad Azim, Nur Adliah Shuhada berkata, abangnya sekeluarga datang bermalam di rumahnya seperti kebiasaan pada Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!