Kereta dipercayai dinaiki enam beranak ditemui dalam Sungai Korok

JITRA - Suasana pilu menyelubungi kawasan Sungai Korok di sini apabila sebuah kereta yang tenggelam ditemukan bersama beberapa mangsa yang disahkan meninggal dunia pada pagi Isnin.
Kenderaan tersebut dikesan berada di dasar sungai sebelum pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.
Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan dengan berhati-hati dan setakat ini beberapa mangsa telah berjaya dibawa naik.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan sepasang suami isteri bersama empat anak mereka, termasuk seorang bayi berusia enam bulan, dilaporkan hilang selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman dekat sini sejak pagi Sabtu.
Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun disedari apabila mereka tidak pulang ke rumah di Jerlun dan gagal dihubungi.
Adik kepada Mohd Azim, Nur Adliah Shuhada, berkata abangnya sekeluarga datang bermalam di rumahnya seperti kebiasaan pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

