Suri rumah didakwa muat turun komen jelik terhadap Agong

SHAH ALAM - Seorang suri rumah pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook.
Suhaila Abd Halim, 39, didakwa secara sedar melakukan perbuatan itu melalui aplikasi akaun Facebook menggunakan nama profil ‘Suhaila Halim’ dengan niat untuk menyakiti hari orang lain pada jam 8.30 pagi 5 Januari 2025 di Hospital Sungai Buloh.
Suhaila Abd Halim, 39, didakwa secara sedar melakukan perbuatan itu melalui aplikasi akaun Facebook menggunakan nama profil 'Suhaila Halim' dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada jam 8.30 pagi 5 Januari 2025 di Hospital Sungai Buloh.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab bersama Pegawai Pendakwa MCMC Mohamad Azmir Mohd Razali menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, Suhaila yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan dikurangkan kepada RM500 atas alasan hanya suaminya sahaja bekerja bagi menanggung keluarga.
Hakim Norazlin Othman membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran kediaman sebulan sekali serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah juga menetapkan 17 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
