Dunia tidak boleh terus berdiam diri terhadap genosid di Gaza - Presiden Brazil

Luiz Inacio Lula da Silva
Luiz Inacio Lula da Silva
A
A
A

ISTANBUL - Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Ahad menggesa tindakan diambil terhadap Israel, sambil menegaskan bahawa dunia tidak boleh terus berdiam diri terhadap genosid yang sedang berlaku di Gaza, lapor Agensi Berita Anadolu.

"Kita tidak boleh terus berdiam diri terhadap genosid yang dilakukan Israel di Gaza, pembunuhan sewenang-wenangnya terhadap orang awam yang tidak bersalah, serta menggunakan kebuluran sebagai senjata peperangan,” katanya pada sesi pleno Sidang Kemuncak BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.

Kenyataan beliau dibuat ketika rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas disambung semula di Qatar, dengan Hamas pada lewat Jumaat memaklumkan bahawa pihaknya telah mengemukakan maklum balas "positif” kepada para pengantara berhubung cadangan terbaharu berkaitan gencatan senjata dan pertukaran tawanan di Gaza. - Bernama/Anadolu

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!