MAPIM gesa PBB ambil tindakan tegas terhadap Israel

Media sebelum ini melaporkan bahawa lapan petugas kemanusiaan MAPIM terbunuh dalam serangan udara tersebut yang berlaku sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa lapan petugas kemanusiaan MAPIM terbunuh dalam serangan udara tersebut yang berlaku sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan.
A
A
A

SHAH ALAM – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mengambil tindakan tegas terhadap Israel susulan serangan udara terbaharu tentera rejim Zionis di Beit Lahiya, utara Gaza, yang mengorbankan lapan petugas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata, tindakan segera diperlukan bagi memastikan keselamatan petugas bantuan dan orang awam di Gaza terus terjamin.

“Ini bukan kali pertama Israel menyerang petugas kemanusiaan. Berpuluh-puluh petugas telah terkorban sebelum ini sepanjang jenayah genosid Israel di Gaza.

“Justeru, MAPIM menuntut gencatan senjata segera bagi menghentikan pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan bahawa lapan petugas kemanusiaan MAPIM terbunuh dalam serangan udara tersebut yang berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari waktu tempatan.

Ketika kejadian, mereka sedang mendirikan khemah bagi menempatkan keluarga pelarian yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan di wilayah itu.

Mohd Azmi turut menuntut akses tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan di Gaza bagi memastikan rakyat Palestin mendapat keperluan asas yang mencukupi.

“Walaupun berdepan risiko tinggi, MAPIM tetap komited meneruskan misi kemanusiaan di Gaza.

“Setakat ini, MAPIM telah berjaya mendirikan 1,000 khemah bagi menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat dunia untuk bangkit menentang kezaliman dan tidak membiarkan Israel terus melakukan keganasan tanpa sebarang tindakan balas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!