Penunggang motosikal ditemukan maut dalam semak

Penunggang motosikal ditemukan maut di kawasan semak dalam kemalangan Kampung Bukit Bakar, Sungai Mengkuang, Manek Urai, Kuala Krai pada Sabtu.
Penunggang motosikal ditemukan maut di kawasan semak dalam kemalangan Kampung Bukit Bakar, Sungai Mengkuang, Manek Urai, Kuala Krai pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal ditemukan maut di kawasan semak di Kampung Bukit Bakar, Sungai Mengkuang, Manek Urai, Kuala Krai pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 6.15 petang.

Menurut beliau, mangsa ditemui oleh seorang pejalan kaki yang kebetulan sedang berjoging di kawasan tersebut sebelum menghubungi talian 999 untuk memaklumkan kejadian.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa, yang juga seorang lelaki warga tempatan menunggang motosikal dari arah Kampung Slow Temiang menghala ke bandar Kuala Krai," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Jelas beliau, sebaik tiba di lokasi motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan di kawasan berselekoh sebelum terhumban ke dalam semak.

"Mangsa yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan di bawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!