Jepun siap sedia hadapi lebih banyak gempa bumi, tolak dakwaan komik Manga

Jepun beri amaran risiko gempa susulan di barat daya negara itu selepas gegaran 5.5 magnitud pada Khamis lalu. Foto EPA
Jepun beri amaran risiko gempa susulan di barat daya negara itu selepas gegaran 5.5 magnitud pada Khamis lalu. Foto EPA
A
A
A

TOKYO – Kerajaan Jepun memberi amaran kemungkinan berlaku lebih banyak gempa bumi kuat di perairan barat daya kepulauan utamanya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai ramalan bencana besar yang tidak berasas.

Amaran itu dikeluarkan susulan kejadian gempa bumi bermagnitud 5.5 yang berlaku Khamis lalu berhampiran hujung selatan pulau utama Kyushu.

Gempa tersebut cukup kuat hingga menyukarkan pergerakan dan mendorong pihak berkuasa memindahkan sebahagian penduduk dari pulau-pulau terpencil berhampiran pusat gempa.

Kawasan itu, khususnya wilayah Kagoshima mencatat lebih 1,000 gegaran dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Gempa tersebut turut mencetuskan khabar angin berikutan ramalan dalam sebuah buku komik bahawa bencana besar akan menimpa negara itu bulan ini.

Menurut Pengarah Bahagian Pemantauan Gempa Bumi dan Tsunami, Agensi Meteorologi Jepun, Ayataka Ebita, berdasarkan pengetahuan saintifik semasa, sukar untuk meramalkan masa, lokasi atau skala sebenar sesuatu gempa bumi.

“Kami menyeru orang ramai supaya memahami situasi berdasarkan bukti saintifik,” katanya dalam sidang akhbar pada Sabtu.

Komik bertajuk The Future I Saw karya Ryo Tatsuki yang diterbitkan pada tahun 1999 dan dicetak semula pada 2021, menjadi tumpuan selepas sesetengah pihak menafsirkan ia sebagai meramalkan bencana besar akan berlaku pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbitnya, Tatsuki menegaskan beliau bukan seorang peramal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!