Kerjasama strategik media dukung peranan JIM

Zakaria (tengah) bergambar bersama petugas media selepas program menembak di Putrajaya pada Jumaat.
Zakaria (tengah) bergambar bersama petugas media selepas program menembak di Putrajaya pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Media memainkan tugas penting bagi usaha menyokong peranan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam penguatkuasaan khususnya bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, rakan media banyak memberikan sokongan kepada jabatan sekali gus menunjukkan betapa pentingnya peranan itu.

"Menerusi program menembak yang dilaksanakan ini, ia sebagai salah satu wadah untuk jalin kerjasama strategik JIM bersama media.

"Melalui program ini, hubungan kita akan lebih erat. Program sebegini bukan kali pertama dan akhir kerana JIM akan teruskan dan merancang dengan siri program lain sebagai wadah kerjasama yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menembak Ketua Pengarah Imigresen Bersama Rakan Media Tahun 2025 di sini pada Jumaat.

Zakaria (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada wartawan yang menyertai program menembak JIM bersama petugas media di Putrajaya pada Jumaat.
Zakaria (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada wartawan yang menyertai program menembak JIM bersama petugas media di Putrajaya pada Jumaat.

Justeru Zakaria mengucapkan terima kasih kepada rakan media yang menjayakan program ini.

Menerusi program menembak yang berlangsung bermula jam 2.30 petang, seramai 38 pengamal media tempatan terlibat menerusi dua acara yang dipertandingkan iaitu 'centre fire' serta tembak piring menggunakan pistol CZP-07.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Wartawan Jenayah (Cija), Ing Boon Seng berkata, diharap acara tahunan ini berterusan untuk eratkan kerjasama media dan JIM.

"Ini juga memberi peluang kepada petugas media untuk mengasah bakat menembak selain mengeratkan silaturrahim sesama petugas media," ujarnya.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!