GPI Malaysia di tangga ke-13: Cerminan kejayaan dasar keselamatan negara

Malaysia juga berjaya memperbaiki kedudukan dalam Laporan Perdagangan Orang (TIP Report), naik daripada Tier 3 kepada Tier 2.
Malaysia juga berjaya memperbaiki kedudukan dalam Laporan Perdagangan Orang (TIP Report), naik daripada Tier 3 kepada Tier 2.
A
A
A

MALAYSIA mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila berada di tangga ke-13 dalam Indeks Keamanan Global (GPI) terbaharu.

Walaupun menduduki tempat ke-10 pada tahun lepas, namun skor indeks keamanan negara masih kekal dan Malaysia pernah berada di tempat ke-19 pada 2023.

Secara tidak langsng, kedudukan ini mencerminkan keberkesanan pendekatan keselamatan bersepadu yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, peningkatan ini tidak berlaku secara kebetulan sebaliknya hasil daripada pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malaysia juga berjaya memperbaiki kedudukan dalam Laporan Perdagangan Orang (TIP Report), naik daripada Tier 3 kepada Tier 2.

Kejayaan ini adalah hasil komitmen negara dalam membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan melindungi hak asasi individu.

Namun begitu, kerajaan perlu terus memperkukuh dasar sedia ada, terutama di kawasan berisiko tinggi.

Pendekatan seperti kerjasama antara agensi dan libat urus aktif bersama komuniti perlu ditingkatkan bagi mengekalkan momentum ini.

Kejayaan Malaysia dalam GPI bukan sekadar angka, tetapi lambang kestabilan, kesejahteraan rakyat dan kematangan pengurusan keselamatan negara.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!