Budak 3 tahun tersepit kepala di kerusi

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan apabila kepalanya tersepit pada kerusi di rumahnya di Parit 1 Barat, Sungai Besar di sini pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.19 petang.
“Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira tujuh minit kemudian.
"Kerja-kerja menyelamatkan mangsa berjaya diselesaikan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.31 petang," katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Mukhlis berkata, kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
