Pelajar Tingkatan Satu hilang selepas dimarahi bapa

Muhammad Amin
Muhammad Amin
A
A
A

NILAI - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Kampung Jijan di sini sejak Selasa lalu, dipercayai merajuk selepas dimarahi bapa.

Muhammad Amin Husni, 13, yang berbadan kurus, kali terakhir dilihat memakai jersi Liverpool berwarna hijau cair, seluar trek jenama Adidas berwarna biru gelap dan selipar hitam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, bapa remaja terbabit telah membuat laporan polis berhubung kehilangannya pada jam 5 petang Khamis.

"Pengadu memaklumkan telah didatangi jiran yang memberitahu ternampak anaknya mengambil peti pancing di rumahnya. Mangsa mengaku ada mengambilnya dan telah memulangkan peralatan tersebut dengan disaksikan oleh pengadu

"Mangsa yang telah dimarahi pengadu kemudiannya bertindak melarikan diri ke arah yang tidak dapat dipastikan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, sehingga kini remaja terbabit masih belum pulang ke rumah dan keberadaannya tidak diketahui.

“Remaja itu juga tidak membawa sebarang pakaian atau beg ketika keluar dari rumah, hanya membawa dompet dan tidak mempunyai telefon bimbit.

"Dia merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan bersekolah di Maahad Tahfiz An-Najihah, Kampung Jijan, Nilai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!