Broker saham rugi RM1.24 juta ditipu 'phone scam'

Seorang eksekutif broker saham di sebuah syarikat kerugian lebih RM1.24 juta selepas terpedaya oleh sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan wakil Pos Laju Malaysia. Gambar kecil: Mohd Alwi
Seorang eksekutif broker saham di sebuah syarikat kerugian lebih RM1.24 juta selepas terpedaya oleh sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan wakil Pos Laju Malaysia. Gambar kecil: Mohd Alwi
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai eksekutif broker saham di sebuah syarikat di sini kerugian lebih RM1.24 juta selepas terpedaya oleh sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan wakil Pos Laju Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa berusia 47 tahun itu menerima panggilan daripada seorang wanita tidak dikenali pada 20 Jun lalu semasa berada di tempat kerjanya.

“Suspek mendakwa terdapat bungkusan dihantar menggunakan nama mangsa dari Kuching, Sarawak ke Terengganu yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan buku cek.

"Bagaimanapun, suspek mendakwa bungkusan itu kononnya ditahan polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis dari sebuah balai polis di Terengganu.

“Suspek memberitahu mangsa bahawa akaun bank miliknya terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan meminta supaya semua wang miliknya dipindahkan untuk tujuan audit bagi mengelakkan waran tangkap dikeluarkan.

“Kerana takut, mangsa telah membuat 26 transaksi pemindahan wang ke dalam lima akaun bank berbeza daripada 26 hingga 30 Jun melibatkan jumlah keseluruhan RM1.24 juta," katanya.

Mohd Alwi berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas memaklumkan kejadian kepada ahli keluarga yang kemudian menyedarkannya bahawa dia telah menjadi mangsa 'scammer'.

"Mangsa tampil membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Berkaitan:

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan panggilan mencurigakan yang menyamar sebagai wakil institusi kewangan atau pihak berkuasa," ujarnya.

Tambahnya, jangan sesekali memberikan maklumat peribadi atau butiran perbankan kepada pemanggil yang tidak dikenali.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!