Penerima harap kenaikan SARA ringankan kos sara hidup

Zuliana Dan keluarganya berharap bantuan dapat diteruskan dan
ditambah baik untuk pelbelian barangan keperluan.
Zuliana Dan keluarganya berharap bantuan dapat diteruskan dan ditambah baik untuk pelbelian barangan keperluan.
A
A
A

PORT DiCKSON - Pengumuman kerajaan untuk meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disambut baik oleh rakyat yang melihat langkah tersebut sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Bagi ramai penerima, peningkatan kadar bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, sekali gus membolehkan mereka membeli lebih banyak barangan keperluan asas menerusi kemudahan yang disediakan di bawah inisiatif SARA.

Tinjauan mendapati rata-rata penerima mengharapkan bantuan dinaikkan sekali ganda atau sebanyak RM100 bagi membantu mengurangkan beban harian.

Bagi suri rumah, Zuliana Kamaruddin,36, bantuan SARA yang diterima hari ini banyak memberi kelegaan terutama keperluan anak-anak.

“Setiap bulan saya perlu mengutamakan perbelanjaan makanan dan keperluan anak-anak. Apabila bantuan SARA diberikan sekurang-kurangnya beban membeli barangan anak-anak dan keperluan dapur menjadi lebih ringan,” katanya.

Ibu muda kepada tiga cahaya mata ini berharap bantuan dapat diteruskan dan ditambah baik supaya memberi peluang kepadanya untuk membeli keperluan lain yang jarang dipenuhi selama ini.

Bagi warga emas, Kau Ah Moui, 75, menyifatkan bantuan turut membantu menampung keperluan harian selepas pendapatan bulanan berkurangan selepas tidak bekerja.

SARA dapat menampung membeli keperluan asas Kau Ah Moui.
SARA dapat menampung membeli keperluan asas Kau Ah Moui.

Artikel Berkaitan:

“Setiap bulan saya gunakan bantuan ini untuk membeli keperluan asas seperti beras, telur, gula, teh dan susu,” ujarnya.

Dia yang hidup sendirian berkata, bantuan yang diterima tidak mencukupi namun bersyukur kerana dengan bantuan itu boleh membeli keperluan asas dan berharap tambahan sumbangan dapat diperluas kepada barangan asas yang lain.

“Harga barang sentiasa berubah. Bantuan ini membantu saya membeli barangan asas tanpa perlu mengurangkan keperluan lain dan saya berharap kerajaan tambah lagi bantuan kepada rakyat untuk hidup lebih selesa,” katanya.

Manakala, seorang pesakit strok, A. Subramaniam Arumusam,60, berkata, setiap ringgit yang diterima memberi makna besar dalam mengurus kehidupan keluarga.

SARA memberi makna besar buat Subramaniam.
SARA memberi makna besar buat Subramaniam.

“Dengan kos hidup yang semakin meningkat, bantuan ini membantu saya memastikan anak-anak tidak terputus bekalan makanan.

“Saya bersyukur kerana kerajaan terus memberi perhatian kepada golongan seperti kami,” ujarnya yang terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu teksi selepas diserang strok sejak lima tahun lalu.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menaikkan kadar sumbangan SARA tidak lama lag sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan perlindungan sosial dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI, pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi, termasuk pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan pada Julai 2023 sebagai sebahagian daripada reformasi sistem bantuan tunai kerajaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!