Ajai mohon maaf kepada 4U2C

KOMPOSER Ajai tampil membuat permohonan maaf seperti yang dituntut kumpulan 4U2C menerusi sidang media pada petang Rabu.
Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 50, memohon maaf seandainya kenyataannya baru-baru telah menyinggung mana-maaf.
“Saya ingin menjelaskan kenyataan saya sebelum ini berkenaan konsert 4U2C. Sekiranya kenyataan saya telah disalah tafsir atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf,” ujarnya.
Ajai membuat permohonan maaf itu menerusi akaun Instagramnya.
Dalam masa sama, anggota kumpulan Exists itu menegaskan kenyataan yang dikeluarkan Ahad lalu bukan bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya.
“Ia bukan bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya.
“Saya menyokong usaha mana-mana artis untuk terus berkarya, dan berharap segala perkara dapat diselesaikan secara baik dan berhemah,” tulisnya lagi.
Terdahulu Datuk AC Mizal yang juga anggota kumpulan 4U2C meluahkan rasa kecewa dengan pendapat Ajai Ahad lalu berhubung luahan penerbit Man Senoi dan Mama Rap yang mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert biarpun mereka mempunyai hak cipta lagu-lagu kumpulan hip hop popular era 1990-an itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
