Sarawak catat tiga kes pertama Covid-19

Kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berhubung kes Covid-19 di Sarawak hari ini.
Kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berhubung kes Covid-19 di Sarawak hari ini.
A
A
A

KUCHING - Sarawak merekodkan kes pertama koronavirus (Covid-19) hari ini selepas tiga individu disahkan positif virus berkenaan.

Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dua daripada pesakit terbabit merupakan peserta program Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lepas, manakala pesakit ketiga ialah seorang ahli keluarga salah seorang pesakit terbabit.

Menurutnya, setakat ini, seramai 173 daripada 236 peserta sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 63 lagi diklasifikasikan pesakit dalam siasatan.

“Kami akan terus mengesan baki individu terbabit dan kami merayu semua yang menghadiri ijtimak itu segera menghubungi hospital berdekatan untuk siasatan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berkata, Jabatan Kesihatan Sarawak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat Covid-19 di hospital khusus iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.

“Pusat kuarantin turut ditubuhkan di Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri, dan bersedia untuk operasi,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba telah meminta peserta kumpulan tabligh yang menghadiri ijtimak berkenaan untuk tampil membuat saringan kesihatan sebagai langkah-berjaga-jaga.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM rayu peserta himpunan tabligh jalani saringan Covid-19

Artikel Berkaitan: