Lima kenderaan mewah dibakar

Tangkap layar rakaman video kejadian khianat dengan api di sebuah rumah di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada Selasa. Gambar kecil: Mohd Akmalrizal
Tangkap layar rakaman video kejadian khianat dengan api di sebuah rumah di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada Selasa. Gambar kecil: Mohd Akmalrizal
A
A
A

KUALA LANGAT - Empat lelaki diburu dipercayai terlibat kes bakar kenderaan di sebuah rumah di Bandar Tropicana Aman, Bandar Saujana Putra, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira jam 6.45 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemilik kenderaan merupakan lelaki tempatan dan ketika kejadian berlaku mangsa dan keluarga tidak berada di rumah.

"Dalam kejadian ini, mangsa telah mengalami kerugian kira-kira RM1.6 juta akibat kerosakan bahagian hadapan rumah selain lima kenderaan mewah.

"Siasatan mendapati empat suspek lelaki telah membakar kereta milik mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, polis giat mengesan kesemua suspek terlibat untuk tindakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api.

Tambahnya, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!