Dua maut, sembilan cedera termasuk bayi dalam nahas lima kenderaan di Kota Tinggi

Keadaan sebuah lori dan kereta yang terlibat kemalangan di di Kilometer 10, Jalan Desaru – Kota Tinggi berhampiran Felda Pasak, pada petang Sabtu.
Keadaan sebuah lori dan kereta yang terlibat kemalangan di di Kilometer 10, Jalan Desaru – Kota Tinggi berhampiran Felda Pasak, pada petang Sabtu.
A
A
A

 

KOTA TINGGI – Dua warga emas maut manakala sembilan yang lain cedera termasuk seorang bayi selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 10, Jalan Desaru – Kota Tinggi berhampiran Felda Pasak, pada petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.17 petang itu, dua mangsa lelaki berusia 69 dan 74 tahun yang menaiki Toyota Corolla disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas tersepit di dalam kenderaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Muhamad Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.17 petang, dengan enam anggota serta sebuah jentera FRT.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kemalangan melibatkan lima buah kenderaan iaitu Toyota Corolla, Perodua Axia, lori Hino tanpa muatan, Proton Saga dan Perodua Bezza.

“Pasukan penyelamat bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Sementara, sembilan lagi mangsa termasuk seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan yang menaiki Perodua Axia hanya mengalami kecederaan ringan atau selamat.

"Mereka turut menerima rawatan awal daripada pasukan KKM di lokasi kejadian.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.47 petang selepas pihak bomba memastikan kawasan berkenaan selamat dan tiada mangsa lain terlibat," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!