Berang anak digoda, bapa bunuh suami orang 'miang'

Pihak berkuasa menunjukkan barang bukti yang digunakan pelaku untuk membunuh mangsa. - Foto Agensi
Pihak berkuasa menunjukkan barang bukti yang digunakan pelaku untuk membunuh mangsa. - Foto Agensi
A
A
A

SLAWI - Seorang lelaki nekad membunuh warga emas kerana sering mengganggu anak perempuannya yang sudah pun bersuami.

TA, 68, yang berasa jengkel dengan kelakuan mangsa, AM, 64, melakukan perbuatan itu di Desa Timbangreja, Kecamatan Lebaksiu, Kabupaten Tegal, Jawa Tengah di Indonesia pada minggu lalu.

Jurucakap Kapolres Tegal, AKBP Bayu Prasatyo berkata, TA sudah menegur AM berulang kali memandangkan anaknya tinggal sendirian kerana menantunya bekerja di Jakarta.

"Dia naik angin apabila melihat mangsa berada di depan rumah anaknya. Pelaku kemudiannya mengambil kayu lalu memukul bahagian kepala mangsa hingga dia tersungkur.

"AM bagaimanapun cuba melarikan diri, namun dikejar TA yang mengacukan pisau dan memukul kepalanya beberapa kali dengan batang cangkul sebelum mengelar lehernya. Dia cuba menyembunyikan pembunuhan itu termasuk membersihkan senjata yang menjadi barang bukti.

"Hasil siasatan akhirnya berjaya membongkar perbuatannya dan dia kini ditahan pihak berkuasa," ujarnya.

Pelaku boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika disabit bersalah. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!