Wanita warga emas rentung rumah terbakar

Seorang wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah jenis dua tingkat di Kampung Mansiang Manggatal, di sini pada malam Isnin.
Seorang wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah jenis dua tingkat di Kampung Mansiang Manggatal, di sini pada malam Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah jenis dua tingkat di Kampung Mansiang Manggatal, di sini pada malam Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mayat mangsa ditemukan di dalam rumah berhampiran tangga oleh pasukan bomba.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Laupen Nuar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.27 malam.

Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lapan kilometer dari BBP Lintas.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berukuran yang terbakar 100 peratus.

"Pasukan bomba bertindak memadam dan mengawal kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan hasil pemeriksaan terdapat seorang mangsa ditemui di dalam rumah berhampiran tangga pada jam 9 malam," katanya.

Katanya lagi, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada jam 11.30 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!