Suami rentung rumah terbakar, isteri maut terkena renjatan elektrik

Dua individu maut dalam kejadiankebakaran rumah di Kampung Limbanak pada Sabtu.
Dua individu maut dalam kejadiankebakaran rumah di Kampung Limbanak pada Sabtu.
A
A
A

PENAMPANG - Dua individu yang dilaporkan maut dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Limbanak, di sini pada pagi Sabtu dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri.

Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 50-an ditemukan rentung di bahagian bilik manakala isterinya yang juga berusia 50-an ditemukan di bahagian luar, namun meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tingalan berkata, menurut orang awam terdapat tiga mangsa dilaporkan berada di lokasi.

"Hasil pemeriksaan, dua daripadanya telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian manakala seorang lelaki merupakan pekerja tidak berada di lokasi selepas unit K9 melakukan pencarian.

Unit K9 melakukan pencarian mangsa.
Unit K9 melakukan pencarian mangsa.

"Turut musnah dalam kebakaran selain rumah ialah lima kenderaan termasuk pacuan empat roda dan motosikal elektrik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya lagi, operasi memadam api berjaya dilakukan dan ditamatkan pada jam 8.15 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton mengesahkan bahawa dua mangsa yang dilaporkan maut merupakan pasangan suami isteri.

"Kedua-dua pasangan suami isteri berusia 50-an," katanya

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Sinar Harian dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, seorang mangsa rentung manakala seorang lagi maut terkena renjatan elektrik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!