Petugas kesihatan didakwa bertindak kasar terhadap bayi

Tangkap layar kenyataan yang tular di media sosial.
Tangkap layar kenyataan yang tular di media sosial.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang petugas kesihatan di sebuah hospital di sini didakwa bertindak kasar dan memberi gelaran kurang sopan kepada bayi baru lahir.

Perkara tersebut tular selepas sebuah portal di Facebook memuat naik tangkap layar aduan tersebut sekali gus menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Menurut tangkap layar itu aduan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis lalu sekitar jam 7.18 pagi.

Antara aduan yang dikemukakan pengadu ialah mengejutkan bayi dengan penumbuk besar, menyusukan secara kasar bayi yang tidak menghabiskan susu,menonyoh pipi bayi dan menggunakan ayat kurang sopan.

Bukan itu sahaja, petugas kesihatan tersebut turut didakwa menepuk belakang bayi dengan kasar selepas menyusukannya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Mohd Zaini Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Kata beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kepada insiden tersebut.

"Jadi tunggu laporan penuh dan saya akan berikan penjelasan kepada bapa bayi tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!