PKR Sarawak umum Majlis pimpinan Negeri

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mengumumkan barisan kepimpinannya hari ini dengan menyaksikan Ketua Cabang Julau, Larry Sng Wei Shien dilantik sebagai Pengerusi PKR Sarawak.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya hari ini berkata, nama Pengerusi PKR dan pimpinan utama PKR Sarawak dipersetujui setelah selesai perbincangan dan rundingan di antara presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua-ketua cabang negeri Sarawak.

Menurutnya, Larry Sng akan bergandingan dengan Abang Zulkifli Abang Engkeh selaku timbalan.

“Jawatan Naib Pengerusi 1 disandang oleh ahli Parlimen yang juga Ketua Cabang Miri, Michael Teo Yu Keng; Naib Pengerusi II oleh Roland Engan (Ketua Cabang Baram) dan Naib Pengerusi III, Japar Suyut (Timbalan Ketua Cabang Lawas),” katanya.

Menurutnya, PKR Sarawak turut melantik Datuk Seri Hafsah Harun sebagai penasihat.

Beliau berkata, PKR juga melantik Naib Presiden (lantikan) iaitu Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Anak Muyang@Tambat dalam kalangan anggota bagi Negeri Sabah atau Sarawak selaras dengan Perlembagaan parti bagi mengisi kekosongan yang ada.

Dalam masa sama, Saifuddin menjelaskan, struktur Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak yang lengkap akan diumumkan oleh kepimpinan PKR Sarawak yang baharu.

Artikel Berkaitan: