Siapa bakal angkat sumpah MB Perak esok

Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-13 akan disempurnakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, esok.
Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-13 akan disempurnakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, esok.
A
A
A

IPOH - Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-13 akan disempurnakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim menerusi kenyataan media hari ini berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk diadakan.

Menurutnya, istiadat tersebut dijadual berlangsung jam 3 petang.

Bagaimanapun individu yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Perak hanya akan diketahui esok.

Terdahulu, tiga pemimpin Perikatan Nasional Perak sekali lagi menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini hari ini.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria tiba pada jam 2.25 petang diikuti Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tiba pada jam 2.45 petang.

Difahamkan, pertemuan itu adalah berkenaan pelantikan jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.

Selasa lalu, Sultan Nazrin menerima menghadap ketiga-tiga pemimpin berkenaan dan memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak ke-12 sekali gus menyaksikan perlucutan jawatan semua anggota Exco negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pemimpin PN Perak sekali lagi menghadap Sultan Nazrin

Artikel Berkaitan: