Mangsa terima 400 jahitan akibat ditetak dengan parang

Laporan Sinar Harian berkenaan kejadian gaduh di hadapan premis makanan segera di Nilai sehingga menyebabkan seorang cedera akibat ditetak.
Laporan Sinar Harian berkenaan kejadian gaduh di hadapan premis makanan segera di Nilai sehingga menyebabkan seorang cedera akibat ditetak.
A
A
A

NILAI – Empat suspek dan seorang mangsa yang cedera ditetak dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai, awal pagi Ahad lalu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, empat daripada mereka direman sehingga Khamis manakala mangsa yang direman dua hari telah pun dibebaskan dengan jaminan polis.

“Setakat ini, empat suspek yang disyaki terbabit dalam pergaduhan tersebut telah ditahan pada hari kejadian dan kesemua mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

"Mangsa yang ditetak turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam rusuhan itu, namun telah pun dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman dua hari, ” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, tiada senjata yang dirampas daripada mana-mana suspek kerana ia telah pun ditemui di lokasi kejadian.

Selain itu katanya, mangsa lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an memaklumkan telah menerima kira-kira 400 jahitan di seluruh badan akibat ditetak dengan parang dalam kejadian terbabit.

“Disebabkan keadaannya yang memerlukan rawatan lanjut, mangsa hanya dibenarkan reman selama dua hari,” katanya.

Abdul Malik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 326 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki berusia sekitar 30-an cedera di bahagian kepala dan kaki selepas diserang sekumpulan individu tidak dikenali dalam kejadian pergaduhan di lokasi terbabit.

Artikel Berkaitan:

Mangsa yang ditetak menggunakan senjata parang dan sebatang kayu telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan berlumuran darah sebelum dimasukkan ke zon merah untuk rawatan kecemasan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!