Air mata Bella iringi pembebasan Syed Saddiq

PUTRAJAYA – Penyanyi, Bella Astillah gagal menahan air mata selepas Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat kes menyeleweng dana Armada, tujuh tahun lalu.
Bella, atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, juga banyak menundukkan diri ketika sidang akhbar Syed Saddiq, 33, yang terlepas daripada sabitan bersalah dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.
Bagaimanapun, ketika ditemui di luar mahkamah, pelakon itu melontarkan senyuman dengan menyatakan air mata itu merupakan tangisan kegembiraan dan kesyukuran.
Bella juga dilihat ceria ketika bergambar bersama ahli keluarga Syed Saddiq selepas sidang akhbar tersebut.
Pada Rabu, Syed Saddiq bernasib baik apabila mahkamah melepaskan dan membebaskannya daripada sabitan dan hukuman atas empat kes itu.
Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta (RM120,000) dan dua pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing (RM50,000).
Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq, 33, untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
AKAN MENYUSUL
- Iklan -Dua wanita ditahan halang anggota penguat kuasa tangkap anjing liar
31 Oktober 2026 09:52pm17 individu ditahan di Flat Lembah Jaya
31 Oktober 2026 08:49pmFestival pertukaran budaya himpunkan enam negara, angkat warisan serantau
31 Oktober 2026 07:50pmPasar Chow Kit diserbu, 181 warga asing ditahan
31 Oktober 2026 07:32pmPesilat meninggal dunia selepas pembedahan jari tengah
31 Oktober 2026 07:37amADUN Mata Ayer, Wan Badariah meninggal dunia
31 Oktober 2026 05:32pmDakwa isteri tolak hubungan intim, lelaki rogol adik kandung hingga hamil
31 Oktober 2026 07:15amKes langgar 'hidup-hidup', polis tahan tiga lelaki tular
31 Oktober 2026 09:45am- Iklan -- Iklan -

