Bakar karikatur PM: Tiga peserta himpunan dibebaskan dengan jaminan polis

Tiga peserta perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang ditahan polis telah dibebaskan pada malam Selasa.
Tiga peserta perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang ditahan polis telah dibebaskan pada malam Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga peserta perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang ditahan polis telah dibebaskan pada malam Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda yang memaklumkan bahawa ketiga-tiganya telah dilepaskan dengan jaminan polis.

"Mereka sudah dilepaskan kira-kira jam 8 malam dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Ditanya mengenai dakwaan kenyataan Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) bahawa pihak polis menafikan penahanan tersebut, Kasim menjelaskan bahawa pada awalnya mereka hanya diambil kenyataan berhubung laporan polis kes khianat.

"Pada peringkat awal kita ambil kenyataan berkaitan kes khianat dan tiada tangkapan dibuat.

"Selepas jam 1 tengah hari, barulah tangkapan dilakukan bersabit kes hasutan dan pembakaran," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menafikan dakwaan kenyataan tersebut bahawa pihak berkuasa bertindak agresif.

"Tiada tindakan yang agresif dilakukan," katanya ringkas.

Sebelum itu, dalam kenyataan Sekretariat Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 SABAH menyatakan bahawa Koordinator Perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0, Fadhil Kassim dan Aliff Danial bersama seorang aktivis, Sabir Syarifuddin ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu mendakwa pasukan polis bertindak agresif terhadap mereka sebelum ditahan reman di bawah Akta Hasutan Seksyen 4.

Suara Mahasiswa dalam pada itu turut menempelak kenyataan yang dikeluarkan Kasim yang menafikan penahanan dua mahasiswa yang disifatkan mengelirukan orang ramai.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan penahanan tiga individu tersebut bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu di pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!