Berus gigi 'bersarang' dalam usus selama 52 tahun

BEIJING - Punca sakit perut berlarutan dialami seorang lelaki akhirnya terbongkar.
Pemeriksaan dilakukan Yang, 64, dari China ini telah menemukan sebatang berus gigi tersangkut pada ususnya.
Menurut South China Morning Post (SCMP), objek asing itu telah berada di dalam perutnya selama 52 tahun.
"Dia terpaksa menjalani pembedahan endoskopik selama 80 minit untuk mengeluarkan berus gigi yang sudah mereput sepanjang 17 sentimeter," jelas laporan itu lagi.
Doktor menjelaskan berus gigi itu mungkin bergerak-gerak dan menekan tisu dalaman 'dalam keadaan biasa'.
Yang bernasib baik kerana tidak mengalami masalah sedemikian yang boleh membahayakan nyawanya kerana kedudukan berus gigi itu yang statik.
Difahamkan, Yang tertelan objek itu ketika dia berusia 12 tahun dan dia takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya tentang insiden tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

