X

Kindly register in order to view this article
!

Majlis angkat sumpah Exco Melaka esok

Salinan surat jemputan media berhubung Majlis Angkat Sumpah Barisan Exco Melaka esok.
A
A

MELAKA TENGAH - Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu akan mengangkat sumpah di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, petang esok.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah mengeluarkan jemputan media yang menyatakan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Exco Melaka akan bermula pada jam 2.30 petang.

Sementara itu, nama yang dijangka bakal mengangkat sumpah ialah Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (BN- Asahan), Datuk Hasan Abd Rahman (BN-Sungai Rambai) dan Datuk Ismail Othman (BN-Kuala Linggi), Datuk Roslan Ahmad (BN-Merlimau), Datuk Noor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) dan Rahmad Mariman (BN-Ayer Molek) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita tunggal Perikatan Nasional, Datuk Latipah Omar (BN-Taboh Naning).

Selain itu, dua ADUN yang memberi sokongan kepada Perikatan Nasional Melaka iaitu ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu turut disebut-sebut akan dilantik semula sebagai Exco.

Semalam Sinar Harian melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali memaklumkan senarai barisan Exco baharu telah dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob bagi memohon perkenan.

Malah kerajaan baharu Perikatan Nasional juga dipercayai turut akan mewujudkan semula jawatan Timbalan Exco yang sebelum ini dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri, Adly Zahari.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus