KPS Berhad, Rasuah Busters perkasa agenda anti-rasuah di Pulau Pinang

Kakitangan MDS Advanced Sdn Bhd menyertai sesi kesedaran mengenai pemantapan dasar dalaman syarikat serta pengukuhan nilai integriti.
Kakitangan MDS Advanced Sdn Bhd menyertai sesi kesedaran mengenai pemantapan dasar dalaman syarikat serta pengukuhan nilai integriti.
A
A
A

BATU KAWAN - Usaha memerangi rasuah diteruskan dengan pendekatan pendidikan dan kesedaran menerusi KPS Berhad ACT-I Jelajah Anti Rasuah anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) bersama #RasuahBusters yang kini memasuki siri jelajah kali kedua di Pulau Pinang baru-baru ini.

Program dua hari itu menyaksikan penglibatan pelbagai pihak merentas sektor termasuk pelajar sekolah dan syarikat korporat, sebagai sebahagian daripada pendekatan ‘tiga penjuru’ yang mengetengahkan peranan NGO, korporat dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran anti rasuah dan menyemai budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anak syarikat KPS Berhad seperti MDS Advanced Sdn Bhd dan CPI (Penang) Sdn Bhd menunjukkan komitmen luar biasa dengan menggerakkan warga kerja mereka untuk menyertai sesi kesedaran mengenai pemantapan dasar dalaman syarikat serta pengukuhan nilai integriti.

Ketua Pegawai Kelestarian KPS Berhad, Zul Mawardi berkata, usaha memerangi rasuah tidak boleh digerakkan secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kolaborasi strategik pelbagai pihak dengan komunikasi dua hala dan libat urus berterusan.

Pelajar SMK Mutiara Impian membacakan lafaz ikrar intregriti.
Pelajar SMK Mutiara Impian membacakan lafaz ikrar intregriti.

"Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian yang merupakan sekolah sukan di negeri ini dan SMK Raja Tun Uda, melihatkan penyertaan aktif seramai 1,000 pelajar yang diberi pendedahan awal tentang budaya integriti dan bahaya rasuah," katanya ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, pendekatan kali ini turut melibatkan sekolah sukan yang merupakan kluster penting dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Aktiviti yang dijalankan sepanjang Jelajah Anti Rasuah anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) bersama #RasuahBusters
Aktiviti yang dijalankan sepanjang Jelajah Anti Rasuah anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) bersama #RasuahBusters

"Industri sukan sangat terdedah dengan risiko rasuah, jadi penting untuk kita beri kesedaran kepada para pelajar tentang nilai integriti agar mereka menjadi agen pencegahan rasuah sejak awal," katanya.

Beliau berkata, Johor dan Selangor merupakan lokasi seterusnya bagi program jelajah ini dalam usaha memperkukuh nilai integriti sebagai asas pembinaan negara yang bebas rasuah.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!