Singapura berterima kasih kepada Malaysia, Oman bantu pindah warganya dari Iran

SINGAPURA - Singapura merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Oman atas sokongan tidak ternilai serta usaha memindahkan warganya dari Iran dengan selamat.
Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan berkata, seorang warga Singapura telah dipindahkan ke Ashgabat, Turkmenistan bersama sekumpulan rakyat Malaysia dengan bantuan Kerajaan Malaysia.
"Dalam pada itu, sebuah keluarga warga Singapura turut dibantu oleh pihak berkuasa Oman untuk berpindah ke Muscat, Oman.
"Mereka kini telah pulang dengan selamat," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.
Beliau turut memuji kepantasan Kerajaan Malaysia dan Oman dalam menghulurkan bantuan.
"Bantuan pantas oleh kerajaan Oman dan Malaysia mencerminkan kekuatan dan solidariti persahabatan kita yang kekal, terutamanya semasa memerlukan," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

