‘Terima kasih abang bomba’ - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul (tengah) mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba kerana berjaya membuang sarang lebah yang dijumpai berhampiran rumahnya. Foto Facebook Tengku Zafrul
Tengku Zafrul (tengah) mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba kerana berjaya membuang sarang lebah yang dijumpai berhampiran rumahnya. Foto Facebook Tengku Zafrul
A
A
A

SHAH ALAM - Sarang lebah dijumpai di kawasan berhampiran rumah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berjaya dibuang pasukan bomba.

Tengku Zafrul dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih kepada pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul yang telah bertindak cepat membuang sarang tersebut.

Anggota bomba berjaya membuang sarang lebah.
Anggota bomba berjaya membuang sarang lebah.

“Kita ada anak-anak kecil, risau juga takut kena sengat. Apa lagi kita panggil pakarlah untuk uruskan.

“Terima kasih abang-abang bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul yang bantu buangkan sarang ini. Anda semua memang terbaik!” katanya pada Selasa.

Tambah Tengku Zafrul, pasukan bomba berkenaan tidak memusnahkan sarang tersebut sebaliknya mereka telah melepaskannya di tempat yang selamat memandangkan tebuan dan lebah penting untuk keseimbangan alam.

Anggota bomba dalam proses membuang sarang lebah.
Anggota bomba dalam proses membuang sarang lebah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!