'Terkejut dapat tahu budak perempuan itu dah meninggal dunia'

Sebuah rumah dipercayai seorang kanak-kanak perempuan didera hingga maut di Kota Laksamana di sini, pada pagi Isnin.
Sebuah rumah dipercayai seorang kanak-kanak perempuan didera hingga maut di Kota Laksamana di sini, pada pagi Isnin.
A
A
A

MELAKA – “Tak ada pun dengar sebarang pergaduhan, tahu-tahu budak perempuan tu dah meninggal dunia. Memang saya terkejut.”

Demikian kata jiran kepada kanak-kanak perempuan yang disyaki maut akibat didera di sebuah rumah di Kota Laksmana, di sini, pada pagi Isnin.

Dia berkata, kali terakhir melihat kanak-kanak itu adalah pada minggu lalu, namun tiada sebarang perkara yang mencurigakan.

Menurutnya yang bekerja syif malam, dia tidak mengetahui apa-apa yang berlaku sehingga melihat kehadiran polis di rumah mangsa.

“Saya tak tahu apa yang berlaku sebab kerja malam dan balik rumah terus tidur, sehinggalah dimaklumkan mengenai kematian kanak-kanak ini,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat didera oleh bapa tirinya.

Menurut sumber, insiden yang menimpa kanak-kanak malang itu terbongkar selepas polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta sekitar jam 9.45 pagi.

“Difahamkan, pihak hospital memaklumkan terdapat kesan yang disyaki akibat penderaan selepas mangsa dihantar oleh bapa tirinya untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan berkenaan.

“Lebih menyedihkan, pemeriksaan mendapati mangsa mengalami patah kaki serta kesan lebam di kepala dan badan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, mangsa yang berada dalam keadaan parah dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!