155 anggota MALBATT 850-12 terima pingat PBB

Penyampaian pingat disempurnakan oleh Komander Sektor Barat UNIFIL, Brigedier Jeneral Nicola Mandoles.
Penyampaian pingat disempurnakan oleh Komander Sektor Barat UNIFIL, Brigedier Jeneral Nicola Mandoles.
A
A
A

MARAKAH, Lubnan – Seramai 155 anggota kontinjen Malaysia di Lubnan daripada MALBATT 850-12 telah dianugerahkan Pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Medal).

MALBATT dalam kenyataan berkata, anugerah itu melibatkan 20 pegawai, 134 anggota lain-lain pangkat serta seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), sebagai pengiktirafan rasmi terhadap sumbangan mereka dalam menjaga keamanan serantau di bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

“Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh mengetuai senarai penerima sebagai simbol penghormatan tertinggi terhadap kepimpinan dan peranan utama beliau dalam pelaksanaan misi.

Seramai 155 anggota MALBATT 850-12 termasuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik dianugerahkan Pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Medal) dalam istiadat perbarisan di Kem Marakah, Lubnan.
Seramai 155 anggota MALBATT 850-12 termasuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik dianugerahkan Pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Medal) dalam istiadat perbarisan di Kem Marakah, Lubnan.

“Perbarisan Medal Parade berkenaan diketuai Timbalan Komander MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Firdaus Shah Budin, manakala iringan muzik disempurnakan kumpulan pancaragam Ghana Battalion (GHANBATT),” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Penyampaian pingat disempurnakan oleh Komander Sektor Barat UNIFIL, Brigedier Jeneral Nicola Mandolesi. Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Tuan Yang Terutama Azri Mat Yacob yang turut menyempurnakan pemakaian pingat kepada para anggota.

“Penganugerahan ini mencerminkan penghargaan antarabangsa terhadap profesionalisme dan dedikasi tinggi kontinjen negara dalam menjalankan misi keamanan global,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kontinjen Malaysia itu memulakan penugasan di Lubnan sejak November 2024, ketika negara itu berdepan konflik keselamatan di selatan dan ketegangan serantau melibatkan Israel dan Iran.

Kehadiran MALBATT 850-12 dianggap penting dalam menyokong usaha pengaman serta membantu Kerajaan Lubnan melaksanakan pemantauan keselamatan menerusi kerjasama rapat dengan Angkatan Tentera Lubnan (LAF).

Selain misi ketenteraan, anggota MALBATT turut melaksanakan pelbagai inisiatif kemanusiaan seperti perkhidmatan perubatan, pengagihan makanan dan program menyantuni anak yatim, sekali gus membantu kestabilan sosial di kawasan operasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!