Zirafah putih mati dibunuh pemburu haram di Kenya

Seekor zirafah betina dan anaknya dibunuh pemburu haram di sebuah pusat konservasi di Kenya.
Seekor zirafah betina dan anaknya dibunuh pemburu haram di sebuah pusat konservasi di Kenya.
A
A
A

NAIROBI - Dua ekor zirafah putih yang jarang ditemui ditemukan mati akibat dibunuh pemburu haram di sebuah pusat konservasi tempatan di Garissa, timur Kenya.

Komuniti Pemuliharaan Ishaqbini Hirola dalam satu kenyataan berkata, penemuan bangkai zirafah betina dan anaknya itu sekali gus menjadikan hanya seekor sahaja zirafah putih yang tinggal di dunia.

"Satu-satunya spesies yang tinggal adalah zirafah jantan yang dilahirkan oleh zirafah betina tersebut. Ini adalah hari yang menyedihkan bagi komuniti Ijara dan Kenya secara keseluruhan.

"Kami adalah satu-satunya komuniti di dunia yang memelihara zirafah putih. Pembunuhan ini merupakan 'wake up call' supaya usaha memelihara spesies yang jarang ditemui dan unik diteruskan," kata pengurus konservasi, Mohammed Ahmednoor.

Menurut Mohammed, kematian dua ekor zirafah itu juga satu tamparan kepada pelancongan dan industri penyelidikan di kawasan terpencil di Kenya.

"Ia adalah kerugian jangka panjang memandangkan kajian dan penyelidikan genetik merupakan pelaburan yang penting di kawasan tersebut.

"Selain itu, zirafah putih adalah tarikan terbesar untuk pelancongan di sana," jelasnya.

Menurut pakar, spesies zirafah yang jarang ditemui itu dipercayai mengalami mutasi pada genetik dikenali sebagai ‘leucism’ dan menyebabkan kehilangan pada sebahagian pigmen.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, kali terakhir aktivis hak haiwan melihat dua beranak itu ialah kira-kira sebulan yang lalu. - Agensi