202 mangsa nahas pesawat Air India berjaya dikenal pasti

Lebih 200 mayat telah ditemukan di lokasi nahas pesawat Air India yang terhempas semasa dalam penerbangan ke London pada tengah hari Khamis. Foto Agensi.
Lebih 200 mayat telah ditemukan di lokasi nahas pesawat Air India yang terhempas semasa dalam penerbangan ke London pada tengah hari Khamis. Foto Agensi.
A
A
A

ISTANBUL - Seramai 202 mangsa nahas pesawat Air India Penerbangan 171 yang terhempas ke asrama kolej perubatan di bandar Ahmedabad, barat India minggu lepas telah dikenal pasti melalui ujian DNA setakat Rabu, menurut kerajaan Gujarat.

Menurut kerajaan tempatan, kira-kira 169 daripada mayat yang dikenal pasti telah diserahkan kepada ahli keluarga, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kejadian berlaku pada Khamis apabila pesawat itu terhempas ke kompleks asrama sejurus selepas berlepas.

Media tempatan pada Sabtu melaporkan bahawa angka korban meningkat kepada 274 selepas pasukan penyelamat menemukan lebih banyak mayat di lokasi nahas manakala Air India sebelum ini mengesahkan kematian 241 daripada 242 penumpang pesawat itu.

Hanya seorang penumpang terselamat dalam nahas itu. - Bernama-Anadolu

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!