Cemburu kekasih ingin berkahwin, lelaki racun guna sianida

AFY cuba menghapuskan barang bukti selepas dia membunuh RH. Foto Agensi
AFY cuba menghapuskan barang bukti selepas dia membunuh RH. Foto Agensi
A
A
A

JAMBI - Seorang lelaki tergamak meracuni 'kekasih sejenisnya' hanya kerana tidak dapat menerima bahawa mangsa mahu berkahwin dengan wanita.

Pelaku dikenali sebagai AFY, 21, menggunakan racun jenis sianida ke atas RH, 23, yang dibeli di platform dalam talian.

Insiden itu berlaku di kawasan Kelurahan Payo Lebar, Kecamatan Jelutung, Kota Jambi di Indonesia pada Isnin lalu.

Jurucakap polis, Ipda Ondo Siburian berkata, siasatan awal mendapati motif AFY berbuat demikian kerana cemburu dan sakit hati kerana mangsa mahu memutuskan hubungan yang terjalin selama empat tahun.

"Pelaku merancang pembunuhan itu selama lima hari dan membeli sianida itu pada 11 Jun lalu. Dia mencampurkan racun itu dalam minuman mangsa. RH dibawa ke Rumah Sakit Baiturrahim Jambi setelah dia mengalami kekejangan, namun disahkan meninggal dunia," ujarnya.

Menurutnya, pihak berkuasa turut menemui bungkusan sianida dan dua botol minuman yang telah dibersihkan pelaku untuk menghilangkan barang bukti.

AFY telah ditetapkan sebagai suspek dan ditempatkan di sel tahanan Polsek Jelutung.

Dia boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati jika disabit bersalah atau tuduhan melakukan pembunuhan terancang. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!