'Kalau jadi apa-apa, jangan pisahkan saya dan isteri' - Pesanan terakhir Jamal

Som Hamzah, akui terkejut dengan pemergian anaknya Jamal Azizul Samat dan isterinya, Lizawati Abdullah, 41, yang maut dalam kemalangan di Batu 8, Lepar, di sini, malam Selasa.
Som Hamzah, akui terkejut dengan pemergian anaknya Jamal Azizul Samat dan isterinya, Lizawati Abdullah, 41, yang maut dalam kemalangan di Batu 8, Lepar, di sini, malam Selasa.
A
A
A

PEKAN – “Kalau jadi apa-apa, jangan pisahkan dia dengan isteri.”

Itu antara pesanan terakhir Jamal Azizul Samat, 44, kepada ibunya, Som Hamzah, 65, sebelum beliau dan isterinya, Lizawati Abdullah, 41, maut dalam kemalangan di Batu 8, Lepar, di sini, malam Selasa.

Menurut Som, pesanan itu kembali terlintas di fikirannya selepas melihat anak dan menantunya ditemukan dalam keadaan berpelukan erat di dalam kereta ketika kemalangan.

“Saya teringat arwah (Jamal) ada pesan masa Aidiladha hari itu… kalau jadi apa-apa, jangan pisahkan dia dengan isteri.

“Maksudnya, kebumikan sekali dalam satu liang lahad, jangan seorang di sini (Chini) dan seorang lagi di Rompin,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan, di sini, pada Rabu.

Jamal Azizul dan isterinya Lizawati Abdullah, meninggal dunia dalam kemalangan, manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki lima beranak itu bertembung dengan sebuah lori.

Jelasnya, pesanan itu bukan sekadar kata-kata biasa, sebaliknya menjadi permintaan terakhir anaknya yang akan ditunaikan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, pasangan suami isteri berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka bersama tiga anak bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Artikel Berkaitan:

Tiga anak mereka terselamat namun mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Jenazah pasangan itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Chini Timur 1.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!